Pengalaman menjaganya sewaktu sedang meluruh adalah satu pengalaman yang beharga. Setiap tahun MuraiBatu akan meluruh dan waktu meluruh tidak sama setiap MuraiBatu, ada yang awal tahun dan ada pada hujung tahun.
Semasa meluruh MuraiBatu mengalami perubahan hormon, waktu ini MB akan lebih banyak berdiam dan kurang agresif. Pada masa ini penjagaan sangat penting kerana jika kurang penjagaan, ekor MB boleh pendek dari yang sediakala atau sebaliknya.
MB akan meluruh dalam jangkamasa yang lama dari 3 ke 4 bulan, pada masa ini kita juga akan jadi seperti MB mengalami stress apabila melihatnya kerana bulunya akan gugur secara berperingkat bermula di kepala, dada, bulu sayap, bulu belakang dan akhirnya ekor. Ada juga MB yang meluruh ekor dahulu baru bahagian lain terpulang pada MB itu kerana setiap MB tidak sama dan keadaan tempat dan cuaca juga mempengaruhi MB.
Bersambung ( makanan dan rawatan semasa meluruh)